Showing posts with label Paradigm. Show all posts
Showing posts with label Paradigm. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

"Sorry because I'm not a good lecturer"


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

“Huh…” saya menghela nafas…

Minggu ini adalah minggu terakhir saya menjalani Latihan Praktikal di Advanced Agriecoloical Research di Sunagi Buloh. Pengalaman menjadi pembantu penyelidik (RA) di sini banyak mengajar saya. Pelbagai perasaan yang berbaur gembira dan sedih menyelubungi diri.

Saya masih terfikir akan peristiwa semalam.

“Salam. Dr, may I see you today at your office at 2.30pm”

Saya menghantar 1 Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada supervisor saya. Selepas beberapa minit kemudian. Tut.. tut…Menandakan saya menerima 1 SMS.

“OK”

Balas supervisor saya. Sebenarnya dari hari Sabtu lagi saya bertungkus lumus membuat pembetulan Laporan Projek Tahun Akhir saya. Sehinggalah semalam akhirnya saya dapat menyelesaikannya.

Sekiranya saya bertanyakan kepada mana-mana pelajar Fakulti Pertanian, UPM, siapa tak kenal Dr Jamal pensyarah bagi subjek SST 4303 Soil Conservation dan BIP 3401 Biometry? Beliau adalah pensyarah yang bersungguh-sungguh, penyayang, penyabar, mudah mesra dengan pelajar, prihatin, kelakar, low profile dan gayanya bersahaja. Walaupun usianya sudah melepasi separuh abad serta bergelar lecturer contract namun kegigihan serta minat beliau untuk mengajar tidak pernah padam. Beliau sering memperbaharui nota kuliahnya serta memberikan ilmu tambahan kepada kami.

Namun, kata-kata beliau semalam benar-benar menyentuh kalbu saya sebagai seorang anak dan pelajar.

“I’m sorry because I am not a good lecturer” kata Dr Jamal.

MasyaALLAH, Dr Jamal yang minta maaf pada saya. Tidak sepatutnya saya menyusahkan beliau pada hari itu. Sepatutnya, saya yang perlu meminta maaf padanya. Bayangkan, walaupun dia akan bertolak ke Amerika Syarikat pada malam itu (hari yang sama saya berjumpa beliau pada petang itu) namun dia tetap meluangkan masa untuk saya. Saya terdiam. Tak mampu untuk mengeluarkan kata-kata. Semahu-mahunya saya cuba menahan air mata yang bergenang.

Sebenarnya hampir 4 semester saya bersama dengan Dr Jamal. Dr Jamal merupakan pensyarah bagi subjek Biometri bermula pada semester 4 iaitu pada tahun 2 pengajian saya di UPM. Kemudian pada semester 6 dan 7 beliau menjadi supervisor bagi Projek Tahun Akhir dan dan pada masa yang sama juga beliau mengajar saya bagi subjek Soil Conservation.

Untuk dijadikan cerita, banyak masalah yang saya timbulkan sepanjang Projek Tahun Akhir saya. Bermula dengan penyediaan proposal, pembentangan proposal (viva), kerja-kerja eksperimen di lapangan dan makmal serta kerja-kerja penyediaan laporan Projek Tahun Akhir (thesis). Pendekkan cerita seringkali saya menghantar lewat kerja-kerja saya padanya. Namun, beliau tidak pernah memarahi saya malah sentiasa sabar dengan sikap saya sehinggalah semalam kata-katanya benar-benar membuatkan saya terharu dan perasaan bersalah benar-benar meneyelubungi diri saya. Terasa, diri ini tidak berguna serta benar-benar menyusahkan orang lain. Namun, saya bertekad untuk memperbaiki diri serta berjanji pada diri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama serta tidak mahu mengecewakan orang lain.

Saya akui, saya tidak bijak membahagikan serta menguruskan masa saya dengan baik. Saya perlu bijak dari segi aulawiyat. Keterlibatan saya dalam persediaan program pertukaran pelajar ke luar negara bukanlah alasan untuk saya menghantar lewat kerja-kerja akademik serta bukanlah alasan untuk saya tidak bergerak kerja dalam jemaah. Benarlah kata pepatah Melayu ‘Sudah terhantuk, barulah tengadah (memandang ke atas)’. Dan apabila kesusahan melanda hidup, barulah kita akan terasa senang untuk kembali kepada ALLAH, mengadu kepadaNya serta menangis padaNya.

Saat-saat sukar inilah, beberapa ayat-ayat langit menjengah diri…

“Sekiranya kamu membantu agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu, dan mengukuhkan kedudukanmu”
(Muhammad:7)




“Sekiranya hambaKu bertanyakan kau (wahai Muhammad) berkenaan Aku, maka sesungguhnya Aku adalah amat dekat”
(Al-Baqarah:186)




“Dan berkata Rabb kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan”
(Al-Mu’minun:60)



“….sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”
(Al-Ra’d:11)



Ya, memang benar ujian hidup itu diibaratkan seperti guru yang tidak bercakap Hakikatnya, ujian hidup itu sangat mengajar dan mendidik. Ujian hidup merupakan komunikasi tanpa suara antara Tuhan dengan hambaNya. Kehidupan ini adakalanya penuh dengan kesukaran. Tetapi harga kesukaran itu dibeli dengan mahal oleh ALLAH swt dan menyebabkan kita berlapang dada dengan segala kesukaran yang mendatang.

Teringat akan saya pepatah Inggeris yang berbunyi ‘Every cloud has a silver lining’. Setiap perkara yang menimpa pada diri kita pasti ada hikmah yang terselit dan tersembunyi. Kata-kata Dr. Jamal sebagai pensyarah, supervisor serta ayah tetap akan saya sematkan dalam hati sehingga bila-bila. Saya berjanji pada diri untuk bangkit, berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri, merancang serta menguruskan masa saya dengan sebaik mungkin serta berusaha untuk menjadi mahasiswa muslim yang cemerlang di dunia dan di Akhirat. Saya tidak mahu menjadi seorang Da’ie yang memberi fitnah kepada Islam atas segala kesalahan serta kesilapan yang saya lakukan.

Ilmu itu diibaratkan seperti cahaya yang menyuluh jalan kehidupan. Ilmu itu adalah hak mutlak ALLAH. Dia berkuasa untuk memberi serta menarik balik ilmu yang Dia berikan pada kita. Sebagai seorang muslim, kita digesa untuk memantapkan diri kita dengan ilmu untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Selain itu juga, kita digesa untuk menghormati serta menghargai pengorbanan seorang guru.

Firman ALLAH swt berkenaan ilmu,

“…ALLAH akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan ALLAH Maha Teliti apa yang kamu kerjakan”
(Al-Mujadalah:11)

Kata-kata pensyarah saya itu, benar-benar mengingatkan saya tentang betapa besarnya pengorbanan seorang tenaga pendidik kepada pelajarnya dalam membina potensi diri, serta membantu pelajarnya untuk menjadi insan yang berguna serta berjaya dengan cemerlang di dunia dan di Akhirat. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik. Moga ALLAH merahmati serta meredhai pengorbanan kalian. Untuk guru-guru serta para pensyarah yang pernah mengajar saya, terima kasih. Saya tidak akan menjadi seperti saya sekarang tanpa pengorbanan cikgu (pendidik). Tiada ungkapan yang lebih bermakna selain mendoakan agar cikgu (pendidik) semua sentiasa dalam rahmat ALLAH serta ditambahkan amal kebajikan sebagai bekalan di Akhirat kelak.

Kepada Dr. Jamal, “I am sorry Dr., I know that I am not a good student but I strive my best to make you not disappointed”



“MARI MEMPERBAIKI DIRI”



‘yang sentiasa mengharapkan keampunan ALLAH’



~mutiara-mutiara bertaburan~




Rujukan

Hilal Asyraf, 2009. Kalaulah Itu Dunia.

www.ms.langitilahi.com

Sunday, March 29, 2009

PLAGIARISM


Hari ini saya teringat akan kata-kata pensyarah saya, “ Everybody must be honest. You have to write quotation and reference when you are taking every ideas or words from someone. Give credit to them for their ideas and words”. Kata-kata itu seringkali terngiang-ngiang ketika saya membuat penulisan Projek Tahun Akhir saya pada semester lepas. Beberapa waktu kebelakangan ini, saya banyak melihat pelbagai artikel daripada pelbagai blog yang rata-ratanya jarang sekali menulis sumber rujukan serta penulis sebenar artikel tersebut.

Apa itu plagiarism? Plagiarism adalah perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud sesuatu perbuatan atau tindakan mengambil idea, perkataan atau kerja orang lain untuk kegunaan dirinya sendiri. Cuba bayangkan bagaimanakah perasaan kita apabila kita bersusah-payah, berhempas-pulas, memerah otak untuk menyiapkan sesuatu kerja atau menulis theses; tiba-tiba ada orang lain yang senang-senang sahaja meniru kerja kita? Sudah semestinya kita akan berasa marah, tertipu, terluka dan sebagainya. Tambahan pula, perbuatan plagiarism ini adalah tidak adil kepada mana-mana individu yang melakukan kerja atau hasil daripada dirinya sendiri.

“Ah, aku buat kerja betul. Setiap artikel yang aku ambil ni untuk aku sampaikan pada orang lain juga!”

“Alah, tiada siapa pun yang tahu”

Itulah monolog atau boleh jadi kata-kata yang sering kita lontarkan apabila membincangkan isu plagiarism.

Izinkan saya mengulas serta membincangkan serba sedikit berkaitan plagiarism. Plagiarism merupakan salah satu contoh perbuatan jenayah yang berlaku dalam dunia akademik terutamanya kerja-kerja penulisan seperti journal, theses, artikel dan sebagainya. Dalam dunia penyelidikan, kerja-kerja penulisan tidak boleh dipisahkan dengan field work atau experiment. Setiap data yang kita peroleh hasil daripada pemerhatian, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan (five sense) perlulah diterjemahkan dalam bentuk diagram atau perkataan untuk disampaikan kepada orang lain. Malangnya, kerja-kerja menginterpretasikan data serta kerja-kerja penulisan ini disalahgunakan dengan cara meniru atau ‘menciplak’ idea dan penulisan orang lain. Tambahan lagi, perbuatan ini adalah sangat membimbangkan dan merbahaya (jeopardize) kepada terutamanya Integriti Sistem Penilaian dalam pendidikan.


Pensyarah saya merangkap supervisor Projek Tahun Akhir pernah berkata kepada saya “ I don’t bother what other people say in writing, but I really bother and care what you think and how you create something with your own opinion and your own word”. Apa yang cuba ingin saya sampaikan di sini adalah, kepentingan mengeluarkan perkataan dan pandangan kita sendiri berdasarkan pengetahuan yang kita ada dan apa yang kita faham tanpa mengubah maksud asalnya (paraphrasing). Dalam penyelidikan, soal betul atau salah adalah tidak penting. Paling penting adalah apa pandangan kita sendiri hasil daripada pemerhatian dan pengetahuan kita; dan dikukuhkan lagi dengan kajian-kajian lepas. Tidak akan timbul soal kajian orang itu salah dan kajian orang ini betul dan begitulah sebaliknya. Hal ini kerana sesuatu keputusan yang diperoleh hasil daripada kajian yang dijalankan adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penyelidik itu sendiri.

Berbalik kepada mauduk perbincangan, plagiarism ini hakikatnya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri kita dan orang lain. Sama ada plagiarism ini dapat dikesan atau pun tidak dalam dunia pendidikan, plagiarizer (orang yang melakukan plagiarism) tidak akan pernah belajar tentang kemahiran-kemahiran tertentu termasuklah kemahiran mengembangkan sumber (evaluating sources), kemahiran mengambil nota (taking careful notes), kemahiran memilih petikan (selecting appropriate quotations), kemahiran parafrasa; yakni kemahiran pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan (karangan dsb) dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah maksud asalnya (paraphrasing) serta kemahiran memberi kredit kepada idea dan perkataan orang lain (giving credit to others for their ideas and works). Tambahan lagi, tugas seorang pendidik (guru, pensyarah, fasilitator dan dsb.) adalah untuk membantu pelajar dalam meluaskan pengetahuan mereka, mengajar pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka memenuhi serta membina potensi diri. Malangnya, gejala plagiarism ini akan membantutkan lagi misi serta melanggar falsafah sistem pendidikan.

Nah lihatlah firman ALLAH,

“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat ALLAH, dan mereka itulah orang-orang pendusta”

(Al-Nahl:105)

Justeru, apa salahnya jika kita menulis nama penulis asal serta menyatakan rujukan sumber asal yang kita peroleh itu? Sekurang-kurangnya kita menghargai karya atau kerja orang lain disebabkan mereka bersusah payah menyediakan serta menyampaikan ilmu yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Moga ALLAH mengampuni dosa kita serta redha pada kita.


~mutiara-mutiara bertaburan~


Rujukan

1) Consequences of plagiarism,
http://mail.baylorschool.org/~jstover/plagiarism/avoidance.htm


3) Muhammad Ali Al Mawardi. Jalan-Jalan Mendidik Hati. Al-Hidayah Publishers. 2002. pp 109.


4) Active Study Dictionary English New Edition. Longman Group UK Limited. 1991.

5) Pen to paper picture,