Saturday, January 23, 2010

ANTARA BIDADARI SYURGA



Wahai kakakku,

Kenapakah lemah sungguh kaum HAWA itu

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja



Wahai adikku

Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya

Tetapi di situlah wahai adikku

Kekuatan bias meleburkan ego seorang lelaki

Menjadi izzah yang paling gah

Bukan lebih gah dari ego seorang lelaki

Kerana sendu rayunya

Musa as terselamat dari kekejaman Firaun



Duhai adikku

Lembut wanita itu bukan lemah

Tetapi senjata



Namun wahai kakakku

Wanita itu fitnah dunia



Pernahkah adikku dengar

Pesanan Ilahi pada hambaNya?

“Wahai lelaki-lelaki yang beriman,

tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”

Cuba adik nilai

Pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanNya?

Pada hamba yang bergelar ar-rijal

Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya

Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya

Dan, tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita

Agar memelihara auratnya

Kerana di situlah kehormatannya

Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal & an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu

Sesungguhnya wanita yang beriman & solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh



Tapi kakakku

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka merasa malu?



Wahai adikku sayang

Al-Haya’ (sifat malu)

Ada dalam diri setiap insan

Wujudnya seiring dengan nafas insani

Dan al-haya’ itulah pakaian iman

Pada diri wanita itu indah al-haya’ sebagai pembenteng diri

Namun,

Bila mana al-haya’ itu lebur

Imnnya runtuh

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid

Merasakan diri belum cukup menarik

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi



Namun adikku

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu



Wahai adikku

1001 keindahan penciptaan wanita

Pandai-pandailah dikau menilai

Antara permata dan debu-debu kilauan pasir



Wahai adikku

Janganlah adik gusar

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu

Dan jangan engkau sekali-kali merendhkan dirimu…

Menggugurkan diri…

Menyembah bumi..



Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu…



~iluvislam~




~mutiara-mutiara bertaburan~





No comments:

Post a Comment