Sunday, January 25, 2009

SERU


Puas kurayu, puas kuseru,
jawapanmu tetap yang dulu.
Oh, sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
aku kan terus menyerumu,
pada yang Satu..
Kugenggam kukuh satu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya ALLAH, kuharap bantuan Font sizeMu
mengiringiku.
SERU
dan terus menyeru,
itu tugas RasulMu,
akan kuteruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu..

(Sumber:Novel Tautan Hati; Fatimah Syarha Mohd. Noordin)



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH atas nikmat iman & Islam serta diberinya ruang & peluang untuk meneruskan perjuangan dalam dakwah dalam bentuk (blogspot) pula.

lu'lu'an manthura (mutiara-mutiara yang bertaburan) saya namakan blog ini sempena daripada petikan surah Al-Insan:19

'Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda yang tetap muda. Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan.'
(Al-Insan:19)

Ayat ini begitu indah bagi saya.. Di mana dalam surah ini ALLAH memberi gambaran tentang keadaan serta nikmat di syurga..

Selain itu juga, perkataan bahasa Arab lu'lu'an manthura ini saya ketahui buat pertama kali semasa berusia 15 tahun di suatu Kem Remaja Islam atau diberi nama Mukhayyam Ramadhan di UIAM pada masa dulu.

Wallahualam


Mutiara bertaburan...