Showing posts with label Mawaddah. Show all posts
Showing posts with label Mawaddah. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Saat Lafaz Sakinah






"Erti sebuah tanggungjawab"




~mutiara-mutiara bertaburan~

Wednesday, October 20, 2010

Daun yang jatuh Tidak akan Membenci Angin



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.



KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.



PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”



Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.


Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.


Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.


Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.


Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita “melaghokan” jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.


Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.


Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.


"maafkan daku wahai teman...."


~mutiara-mutiara bertaburan~


Petikan dari,

www.iluvislam.com

Sunday, July 4, 2010

Saturday, January 23, 2010

ANTARA BIDADARI SYURGA



Wahai kakakku,

Kenapakah lemah sungguh kaum HAWA itu

Asyik berteman tangis dan sendu sahaja



Wahai adikku

Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya

Tetapi di situlah wahai adikku

Kekuatan bias meleburkan ego seorang lelaki

Menjadi izzah yang paling gah

Bukan lebih gah dari ego seorang lelaki

Kerana sendu rayunya

Musa as terselamat dari kekejaman Firaun



Duhai adikku

Lembut wanita itu bukan lemah

Tetapi senjata



Namun wahai kakakku

Wanita itu fitnah dunia



Pernahkah adikku dengar

Pesanan Ilahi pada hambaNya?

“Wahai lelaki-lelaki yang beriman,

tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”

Cuba adik nilai

Pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanNya?

Pada hamba yang bergelar ar-rijal

Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya

Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya

Dan, tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita

Agar memelihara auratnya

Kerana di situlah kehormatannya

Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal & an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu

Sesungguhnya wanita yang beriman & solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh



Tapi kakakku

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka merasa malu?



Wahai adikku sayang

Al-Haya’ (sifat malu)

Ada dalam diri setiap insan

Wujudnya seiring dengan nafas insani

Dan al-haya’ itulah pakaian iman

Pada diri wanita itu indah al-haya’ sebagai pembenteng diri

Namun,

Bila mana al-haya’ itu lebur

Imnnya runtuh

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid

Merasakan diri belum cukup menarik

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi



Namun adikku

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu



Wahai adikku

1001 keindahan penciptaan wanita

Pandai-pandailah dikau menilai

Antara permata dan debu-debu kilauan pasir



Wahai adikku

Janganlah adik gusar

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu

Dan jangan engkau sekali-kali merendhkan dirimu…

Menggugurkan diri…

Menyembah bumi..



Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu…



~iluvislam~




~mutiara-mutiara bertaburan~





Tuesday, June 23, 2009

Feqah Wanita: Menstrual, Hukum & Permasalahannya


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Post kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahibah khususnya berkenaan dengan masalah menstrual (istilah perubatan) dan hukumnya. Saya yakin rata-ratanya masyarakat kita pada hari ini tidak mengetahuinya dan bersikap seperti acuh tidak acuh berkenaan dengan permasalahan ini. Tambahan lagi, lebih memalukan dan menyedihkan kebanyakan pakar sakit puan (ginekologi) & orang yang arif berkenaan dengan feqah wanita pada hari ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan orang lelaki.


Hah, bagaimana? Segankan?


SITUASI 1:


Saya mandi hadas sebelum waktu Maghrib dan selepas itu mengerjakan solat Maghrib. Adakah perlu saya mengqadaikan solat Zohor & Asar yang telah ditinggalkan pada hari yang sama?


Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diperhatikan apabila kering daripada haid.

1) Apabila jangka waktu antara berhenti haid dan habisnya waktu solat itu dikira-kirakan tidak cukup untuk melakukan mandi hadas dan solat, maka solat itu belumlah wajib baginya (tanpa melewat-lewatkan mandi hadas).

2) Apabila jangka waktu tersebut cukup untuk mandi hadas dan solat, maka solat itu sudah wajib baginya.


Seperti kes di atas, jika seseorang itu mandi hadas hampir-hampir Maghrib, tidak sempat mandi sudah selesai azan, maka tidaklah perlu mengqada’kan solat sebelumnya melainkan jika sengaja dilewat-lewatkan mandi hadas tersebut. Tetapi jika seseorang itu sempat mandi hadas sebelum waktu Maghrib, sedangkan waktu Asar masih ada, perlulah diqada’kan solat Zohor dan Asar kerana kedua-dua solat tersebut boleh dijama’kan.


Ada fahaman dan pendapat lain yang menetapkan bahawa solat yang dapat dijama’ wajib diqada’kan bersama dengan ketentuan-ketentuan seperti berikut:

1) Jika solat yang mulai itu tidak dapat dijama’ dengan solat yang sebelumnya, maka yang wajib dikerjakan solat itu sahaja, seperti berhenti haid pada waktu Subuh, Zohor atau Maghrib.

2) Jika solat yang dimulai wajib dilakukan itu termasuklah solat yang boleh dijama’ dengan solat sebelumnya, maka solat yang sebelumnya itu ikut wajib dikerjakan, seperti berhenti haid di waktu Asar atau Isya’, maka solat Zohor atau solat Maghrib wajib dikerjakan pula (diqada’kannya).


Walaupun ALLAH memberi “cuti” kepada kaum Hawa setiap bulan, namun kita seharusnya mengambil sikap berjaga-jaga, berhati-hati dan peka dengan masalah kesihatan kita. Hal ini kerana soal menstrual ini bersangkut paut dengan soal solat serta ibadat fardhu yang lain (selepas mandi hadas). Wallhualam.


~mutiara-mutiara bertaburan~


Rujukan

1) Siti Norbahyah Mahamood. 2002. Fekah Wanita. Pelita Ilmu.

Madah untuk Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini…


Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang

menggoncang iman para muslimin,

dan bukan pula terletak kebijaksanaan bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama…


Nafsu mengatakan wanita cantik, atas kemajuan dan kehebatannya,

dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek.

Hati mengatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai…


Wahai wanita..

Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,

Kerana suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman,

tetapi jaga & peliharalah kecantikan dalaman,

agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi…


Wahai wanita…

Jangan pula berduka cita kerana kekuranganmu,

Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu…


Wahai wanita solehah...

Jangan dirisaukan akan jodohmu,

kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita

yang hanya kerana kecantikannya…


Bersyukurlah atas apa yang ada…

Serta berusaha demi agama, keluarga dan bangsa..

Salam perjuangan buat sahabatku, wanita solehah..


~Lajnah Fatayat, KRISMA-Kolej Matrikulasi Johor~



~mutiara-mutiara bertaburan~