Saturday, September 5, 2009

TULI TAPI POSITIF


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Saya ada satu teka-teki..


Dalam banyak-banyak binatang, binatang apakah yang apabila dieja tetap sama apabila ejaannya diterbalikkan?


Hah… Bagaimana? Nak tahu jawapannya?


“Ala releks la bro & sis, jangan cepat give up. Gunakanlah kuasa minda yang ALLAH kurniakan tu..”


Jeng…jeng…jeng…. Jawapannya adalah KATAK!


Post kali ini, saya ingin berkongsi cerita berkenaan dengan Kisah Katak Kecil yang Tuli. Yang pastinya ini bukan kisah politik atau isu ‘katak’!


Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah untuk mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.


Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan serta memberi semangat kepada para peserta…


Perlumbaan dimulai…


Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara.


Terdengar suara:


“Oh, jalannya terlalu susahhh!!


“Mereka TIDAK AKAN PERNAH sampai ke puncak.”


atau:


“Tidak ada kesempatan untuk berjaya…Menaranya terlalu tinggi…!!


Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu…


… Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..


Penonton terus bersorak


“Terlalu sukarrr!!! Tak seorangpun akan berhasil!”


Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah…


…Tapi ada SATU yang terus dan terus melompat hingga semakin tinggi dan tinggi…
Dia tak akan menyerah!



Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang Berjaya samapi ke puncak!


SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?


Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?


Ternyata…
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!


Pengajaran dari cerita ini adalah:………


Jangan pernah mendengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…
…kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.


Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca akan mempengaruhi perilakumu!


Oleh itu:



Tetaplah selalu….



POSITIVE!


Dan paling penting:


Berlakulah TULI jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak boleh menggapai cita-citamu!


Selalu berfikirlah:


“Yeah, I can do this!”


“InsyaALLAH terbaik!!”


“Tiada mustahil, redah je!”



Teman yang baik adalah teman yang sentiasa mendukung antara satu sama lain.


Saya ingin tinggalkan beberapa ayat dari langit…


“……Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain ALLAH” (Ar-Ra’d:11)



“Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan membukakan untuknya jalan keluar, dan Dia akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada ALLAH maka ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH itu melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketetapan untuk sesuatu” (At-Talaq:2-3)




Justeru, lompatlah sehingga menggapai awan langit yang tinggi…




“TAKKAN BERHENTI MELOMPAT!”




~mutiara-mutiara bertaburan~


RUJUKAN


www.permaisuriimoet.blogsome.com/

Thursday, September 3, 2009

Sijil Pengajian Syariah & Usuluddin



Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) menawarkan:

· Sijil Pengajian Usuluddin
· Sijil Pengajian Syariah

Kursus ini disampaikan oleh pensyarah di Fakulti Akademi Pengajian Islam. Kemasukan bagi kursus ini sesi Oktober 2009 adalah terhad.



Jadual Program

Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu 32 jam kuliah keseluruhannya.



Masa dan hari kelas bergantung kepada tempat seperti berikut:

Tempat Kuliah Masa Kuliah

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, KL Sabtu (3.00 ptg – 5.00 ptg)
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Sabtu dan Ahad (9.00 pg - 1.30 ptg)
Kolej Islam Darul Ridzuan, Ipoh Perak Sabtu (3.00 ptg – 5.00 ptg)
Dewan Perniagaan Melayu Putrajaya Sabtu (3.00 ptg – 5.00 ptg)


Cara permohonan

Download borang daripada laman web & faks


Maklumat lanjut

http://www.umcced.edu.my/