Tuesday, July 26, 2011

Takkan Berhenti Berlari



Kadangkala ada ketikanya…

Aku terasa ingin berhenti berlari

dan menjadi seperti orang lain

yang hanya menerima dan dipimpin..



Kadangkala ada ketikanya…

Aku terasa “sudahlah aku penat berlari!”

Aku ingin menjadi seperti orang lain yang hidupnya tenang dan tidak fikir akan masalah.



Namun,

Semakin aku cuba untuk berhenti berlari

Semakin banyak & tanggungjawab mengejarku

Lalu aku tersedar akan suatu hakikat..

Kita adalah insan terpilih daripada jutaan insan

Untuk menyeru, memberi & memimpin…



"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menegur kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada perkara yang salah (buruk & keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yag berjaya"

(Al Imran:104)


~seorang hamba~


Nadirah Roslan

25/7/2011

1222pm

UPM, Serdang



Wednesday, April 6, 2011

Rapuh


Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
..

(Opick)

~mutiara-mutiara bertaburan~

Tuesday, January 18, 2011

Palestin itu Jauh dari Kita


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah