Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
“Huh…” saya menghela nafas…
Minggu ini adalah minggu terakhir saya menjalani Latihan Praktikal di Advanced Agriecoloical Research di Sunagi Buloh. Pengalaman menjadi pembantu penyelidik (RA) di sini banyak mengajar saya. Pelbagai perasaan yang berbaur gembira dan sedih menyelubungi diri.
Saya masih terfikir akan peristiwa semalam.
“Salam. Dr, may I see you today at your office at 2.30pm”
Saya menghantar 1 Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada supervisor saya. Selepas beberapa minit kemudian. Tut.. tut…Menandakan saya menerima 1 SMS.
“OK”
Balas supervisor saya. Sebenarnya dari hari Sabtu lagi saya bertungkus lumus membuat pembetulan Laporan Projek Tahun Akhir saya. Sehinggalah semalam akhirnya saya dapat menyelesaikannya.
Sekiranya saya bertanyakan kepada mana-mana pelajar Fakulti Pertanian, UPM, siapa tak kenal Dr Jamal pensyarah bagi subjek SST 4303 Soil Conservation dan BIP 3401 Biometry? Beliau adalah pensyarah yang bersungguh-sungguh, penyayang, penyabar, mudah mesra dengan pelajar, prihatin, kelakar, low profile dan gayanya bersahaja. Walaupun usianya sudah melepasi separuh abad serta bergelar lecturer contract namun kegigihan serta minat beliau untuk mengajar tidak pernah padam. Beliau sering memperbaharui nota kuliahnya serta memberikan ilmu tambahan kepada kami.
Namun, kata-kata beliau semalam benar-benar menyentuh kalbu saya sebagai seorang anak dan pelajar.
“I’m sorry because I am not a good lecturer” kata Dr Jamal.
MasyaALLAH, Dr Jamal yang minta maaf pada saya. Tidak sepatutnya saya menyusahkan beliau pada hari itu. Sepatutnya, saya yang perlu meminta maaf padanya. Bayangkan, walaupun dia akan bertolak ke Amerika Syarikat pada malam itu (hari yang sama saya berjumpa beliau pada petang itu) namun dia tetap meluangkan masa untuk saya. Saya terdiam. Tak mampu untuk mengeluarkan kata-kata. Semahu-mahunya saya cuba menahan air mata yang bergenang.
Sebenarnya hampir 4 semester saya bersama dengan Dr Jamal. Dr Jamal merupakan pensyarah bagi subjek Biometri bermula pada semester 4 iaitu pada tahun 2 pengajian saya di UPM. Kemudian pada semester 6 dan 7 beliau menjadi supervisor bagi Projek Tahun Akhir dan dan pada masa yang sama juga beliau mengajar saya bagi subjek Soil Conservation.
Untuk dijadikan cerita, banyak masalah yang saya timbulkan sepanjang Projek Tahun Akhir saya. Bermula dengan penyediaan proposal, pembentangan proposal (viva), kerja-kerja eksperimen di lapangan dan makmal serta kerja-kerja penyediaan laporan Projek Tahun Akhir (thesis). Pendekkan cerita seringkali saya menghantar lewat kerja-kerja saya padanya. Namun, beliau tidak pernah memarahi saya malah sentiasa sabar dengan sikap saya sehinggalah semalam kata-katanya benar-benar membuatkan saya terharu dan perasaan bersalah benar-benar meneyelubungi diri saya. Terasa, diri ini tidak berguna serta benar-benar menyusahkan orang lain. Namun, saya bertekad untuk memperbaiki diri serta berjanji pada diri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama serta tidak mahu mengecewakan orang lain.
Saya akui, saya tidak bijak membahagikan serta menguruskan masa saya dengan baik. Saya perlu bijak dari segi aulawiyat. Keterlibatan saya dalam persediaan program pertukaran pelajar ke luar negara bukanlah alasan untuk saya menghantar lewat kerja-kerja akademik serta bukanlah alasan untuk saya tidak bergerak kerja dalam jemaah. Benarlah kata pepatah Melayu ‘Sudah terhantuk, barulah tengadah (memandang ke atas)’. Dan apabila kesusahan melanda hidup, barulah kita akan terasa senang untuk kembali kepada ALLAH, mengadu kepadaNya serta menangis padaNya.
Saat-saat sukar inilah, beberapa ayat-ayat langit menjengah diri…
“Sekiranya kamu membantu agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu, dan mengukuhkan kedudukanmu”
(Muhammad:7)
“Sekiranya hambaKu bertanyakan kau (wahai Muhammad) berkenaan Aku, maka sesungguhnya Aku adalah amat dekat”
(Al-Baqarah:186)
“Dan berkata Rabb kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan”
(Al-Mu’minun:60)
“….sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”
(Al-Ra’d:11)
Ya, memang benar ujian hidup itu diibaratkan seperti guru yang tidak bercakap Hakikatnya, ujian hidup itu sangat mengajar dan mendidik. Ujian hidup merupakan komunikasi tanpa suara antara Tuhan dengan hambaNya. Kehidupan ini adakalanya penuh dengan kesukaran. Tetapi harga kesukaran itu dibeli dengan mahal oleh ALLAH swt dan menyebabkan kita berlapang dada dengan segala kesukaran yang mendatang.
Teringat akan saya pepatah Inggeris yang berbunyi ‘Every cloud has a silver lining’. Setiap perkara yang menimpa pada diri kita pasti ada hikmah yang terselit dan tersembunyi. Kata-kata Dr. Jamal sebagai pensyarah, supervisor serta ayah tetap akan saya sematkan dalam hati sehingga bila-bila. Saya berjanji pada diri untuk bangkit, berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri, merancang serta menguruskan masa saya dengan sebaik mungkin serta berusaha untuk menjadi mahasiswa muslim yang cemerlang di dunia dan di Akhirat. Saya tidak mahu menjadi seorang Da’ie yang memberi fitnah kepada Islam atas segala kesalahan serta kesilapan yang saya lakukan.
Ilmu itu diibaratkan seperti cahaya yang menyuluh jalan kehidupan. Ilmu itu adalah hak mutlak ALLAH. Dia berkuasa untuk memberi serta menarik balik ilmu yang Dia berikan pada kita. Sebagai seorang muslim, kita digesa untuk memantapkan diri kita dengan ilmu untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Selain itu juga, kita digesa untuk menghormati serta menghargai pengorbanan seorang guru.
Firman ALLAH swt berkenaan ilmu,
“…ALLAH akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan ALLAH Maha Teliti apa yang kamu kerjakan”
(Al-Mujadalah:11)
Kata-kata pensyarah saya itu, benar-benar mengingatkan saya tentang betapa besarnya pengorbanan seorang tenaga pendidik kepada pelajarnya dalam membina potensi diri, serta membantu pelajarnya untuk menjadi insan yang berguna serta berjaya dengan cemerlang di dunia dan di Akhirat. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik. Moga ALLAH merahmati serta meredhai pengorbanan kalian. Untuk guru-guru serta para pensyarah yang pernah mengajar saya, terima kasih. Saya tidak akan menjadi seperti saya sekarang tanpa pengorbanan cikgu (pendidik). Tiada ungkapan yang lebih bermakna selain mendoakan agar cikgu (pendidik) semua sentiasa dalam rahmat ALLAH serta ditambahkan amal kebajikan sebagai bekalan di Akhirat kelak.
Kepada Dr. Jamal, “I am sorry Dr., I know that I am not a good student but I strive my best to make you not disappointed”
“MARI MEMPERBAIKI DIRI”
‘yang sentiasa mengharapkan keampunan ALLAH’
~mutiara-mutiara bertaburan~
Rujukan
Hilal Asyraf, 2009. Kalaulah Itu Dunia.
salam...
ReplyDeleteTika kita kembali kepada-NYA..
tahulah kita bertapa kerdilnya kita didepan Allah,bertapa kita selalu membelakangkan Allah ketika kita diulit kesenangan..namun bila kita dalam kesusahan Allah tempat kita mengadu dan meminta tanpa rasa malu plak pada-NYA.
Inilah kehebatan orang2 yang mencari ilmu di jalan ALLAH..ibarat resam padi makin berisi makin tunduk ke bumi.tidak semua memiliki sikap seumpama ini.
Tp,bagaimana plak kita yang bangga dengan ilmu yang sebesar zarah ini??mampu kah kita tunduk,tawadhuk dan rasa rendah diri pada-NYA??mampu ka kita terlepas azab api neraka?lantaran kemegahaan yang bukan milik muthlak kita??
semoga kita tidak tertipu dengan amalan yang sekelumit ini dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada hambah-NYA yang benar2 bertakwa..!
Kepd Siti,
ReplyDeleteSalm kmbali buat Siti. Terima kasih atas peringatan yang diberikan. Itulah kelebihan orang mukmin saling mengingatkan antara satu sama lain.Mg ALLAH redha serta merahmatimu.
~yg ingin memperbaiki diri~
~mutiara-mutiara bertaburan~
salam wbt... nad yang dirindui kerana Allah. Indahnya hidup bila meletakkan Allah paling tertinggi mengatasi segala yg di bumi. Bahagianya hidup bila memperoleh cinta-NYA yang paling tinggi dan kukuh. DIA-lah sekuat-kuat pergantungan dan sandaran. Kita yang lemah akan kembali kepada-NYA jua. Moga sahabat sntsa kuat dan tsabat di jalan memuliakan ISLAM.Insya Allah.
ReplyDeleteKepada SERAMBI MEKAH,
ReplyDeleteWkmslm wbt. Shbtku Izah, trima kasih ats peringatan & taujihad. Itulah kelebihan orang2 mukmin. "Takmil wa istikmal"...InsyaALLAH kita sama2 memperbaiki diri srta istiqamah dalm melakukan kebaikn.Setiap apa yg kita sampaikan, kita akan diuji oleh ALLAH.Maaf ats sgala ksalahan & kekurangan sy sepnjang prsahabatn kita.Alhamdulillah syukur kpd ALLAH srta trima kasih sb mjadi shbt sy..
~uhibbukifillah hubban jamman ya ukhti!~
~mutiara-mutiara bertaburan~