Sunday, July 19, 2009

Duka yang tersimpan


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Nasib agama di akhir zaman,

kembali asing dari pandangan,

ramailah orang yang sudah lupakan,

Rukun Islam dan Rukun Iman...



Wahai ke mana arah tujuan,

bila agama sudah dilupakan,

marilah kita cuba hidupkan,

sunnah junjungan & syariat Tuhan..




Islam mulai tersebar di Mekah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya jika dibandingkan dengan penentangnya. Dan kini setelah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia, Islam kembali asing dan dirasakan ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian orang Islam merasa "ganjil bin pelik bin ajaib" apabila melihat orang Islam yang beriltizam dengan Islam serta cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.


"Eleh, nak berlagak alim la tu..."


"Bajet bagus konon..."


Barangkali itulah cemuhan-cemuhan yang kurang enak dari pelbagai 'orang yang tidak faham' apabila kita bergerak untuk kembali mengambil Islam sebagai sistem hidup.


Benarlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud;


"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing". (Hadith Riwayat Muslim)



Sedar atau tidak dari masa ke masa umat Islam telah ditimpa malapetaka serta bermacam-macam ujian dan dugaan yang maha dahsyat. Sedarkah kita?



Peristiwa berdarah umat Islam di Bandar Urumqhi, China..


Pembunuhan umat Islam di Selatan Thailand..


Kisah Pembunuhan Dr Marwa Sherbini di Jerman..


Umat Islam di Palestin..



Terasa pedih, sakit, hiba serta bagaikan dirobek-robek serta disiat-siat hati ini apabila mengenangkan nasib saudara Islam di luar sana..


Nah, cubalah lihat ini,



Pembunuhan umat Islam di Bandar Urumqhi, China.

Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur rintitan daripada kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu meningkat kepada 184 orang. Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.


Tambahan lagi, umat Islam di Xinjiang kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup. Hakikatnya, Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China. Perkara yang lebih menyedihkan apabila rumah-rumah penduduk muslim Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.



Pembunuhan umat Islam di Selatan Thailand


Janauri 2004

Lebih 3,500 orang terbunuh apabila kumpulan pemisah selatan Thailand meneruskan kempen bersenjata mereka bagi memerdekakan tiga iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani.Kumpulan pemisah Islam ini menggunakan taktik gerila, terutamanya bom tepi jalan, membakar dengan sengaja dan tembakan dari kenderaan bergerak. Mereka tidak tahan menderita dan mahukan sebuah negara yang merdeka. Bangkok mengerahkan lebih 20,000 tentera untuk menamatkan pertelingkahan itu.


Oktober 2004

Pembunuhan di Balai Polis Tak Bai dan tepian sungai, menyebabkan kematian 85 orang Islam pada bulan puasa. Bukti dan saksi kejadian itu menunjukkan peristiwa itu bukan sengaja dilakukan oleh pihak tentera yang berugama Buddha. Penunjuk perasaan berhimpun beramai-ramai walaupun telah diberi amaran demi amaran supaya tidak hadir. Mereka ditangkap, dibaringkan tanpa baju. Kemudian didicampak, disusun bertindih-tindih di dalam trak tentera. Kebanyakan mereka sedang berpuasa, lemas dan dahaga sehingga membawa kepada kematian.


28 April, 2004

108 puak disyaki pemberontak terbunuh ketika bertempur dengan pasukan keselamatan di tiga wilayah di selatan, termasuk 32 orang dalam Masjid Krue Se berusia 300 tahun di Pattani.


7 Jun 2009

Dua orang terbunuh dan 19 cedera apabila pemberontak menyerang pengawal sukarela dan meledakkan bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua guru, seorang daripadanya hamil lapan bulan, ditembak mati di Chanae.


8 Jun 2009

Tragedi pembunuhan di Masjid Al-Furqan Narathiwat berlaku pada Isnin malam, 8 Jun 2009 jam 8.00 malam .10 jemaah masjid terbunuh ketika menunaikan solat Isyak manakala seorang lagi di hospital manakala 12 lagi yang cedera masih dirawat di hospital. Puncanya mungkin balas dendam ekoran kematian dua guru beragama Buddha dan seorang penoreh getah sejak empat hari lepas. Thailand ditadbir dari Bangkok yang mengamalkan bahasa Thai dan agama Buddha sebagai teras. Sedangkan selatan Thailand berbahasa Melayu dan beragama Islam.



Pembunuhan Marwa el-Sherbini di Jerman

Si pembunuh yang tidak berperikemanusiaan, Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German yang berasal dari Russia telah membunuh Dr. Marwa. Sebelum itu si pembunuh itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta memaki hamun dengan melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si pembunuh tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.


Lalu, dia diheret oleh Dr Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun dia ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya dia menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!. Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.


Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si pembunuh ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alasan murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?


Semoga kita menjadi muslim yang celik dengan masalah saudara-saudara muslim kita yang berada di mana-mana sahaja.


Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw akan keadaan umat Islam pada hari ini.


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, " Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, " Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?". Rasulullah saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan ALLAH akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahn". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu wahai Rasulullah?". Rasulullah saw menjawab, "Cintakan dunia, takutkan mati". (Hadith Riwayat Abu Daud)


Walaupun mereka mempunyai bilangan yang ramai tetapi mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Hakikatnya, segala kekalahan kaum muslim adalah berpunca dari dalam diri kaum muslim itu sendiri atau bahasa yang lebih mudah adalah diri kita sendiri, iaitu penyakit 'wahn' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam kembar dua, "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.


"Cinta dunia" bermaksud tamak, rakus dunia dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan ALLAH swt. "Takut mati" pula bermaksud leka dengan kehidupan.


Mari kita membasuh kejahilan yang menjadi daki dan kotoran di dalam kehidupan kita, dan mari kita menjadi HAMBA ALLAH!


Semoga ALLAH mengampunkan dosa serta memberi ganjaran yang sebaiknya kepada kita, ibu bapa kita, seluruh keluarga kita, seluruh pendidik, sahabat handai kita, umat Islam di seluruh dunia sama ada yang masih hidup atau pun yang telah terkorban terutamanya di Palestin, Xinjiang, Selatan Thailand, Dr Marwa sekeluarga serta juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman Rasulullah saw dan sehinggalah kini. Amin...



~mutiara-mutiara bertaburan~




Rujukan

1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_pembunuhan_di_Masjid_Al-Furqan_,_Narathiwat

2) http://www.zaharuddin.net/

3) Hilal Asyraf. 2009. Kejahilan terhadap Islam. http://ms.langitilahi.com/

No comments:

Post a Comment