Hari ini saya teringat akan kata-kata pensyarah saya, “ Everybody must be honest. You have to write quotation and reference when you are taking every ideas or words from someone. Give credit to them for their ideas and words”. Kata-kata itu seringkali terngiang-ngiang ketika saya membuat penulisan Projek Tahun Akhir saya pada semester lepas. Beberapa waktu kebelakangan ini, saya banyak melihat pelbagai artikel daripada pelbagai blog yang rata-ratanya jarang sekali menulis sumber rujukan serta penulis sebenar artikel tersebut.
Apa itu plagiarism? Plagiarism adalah perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud sesuatu perbuatan atau tindakan mengambil idea, perkataan atau kerja orang lain untuk kegunaan dirinya sendiri. Cuba bayangkan bagaimanakah perasaan kita apabila kita bersusah-payah, berhempas-pulas, memerah otak untuk menyiapkan sesuatu kerja atau menulis theses; tiba-tiba ada orang lain yang senang-senang sahaja meniru kerja kita? Sudah semestinya kita akan berasa marah, tertipu, terluka dan sebagainya. Tambahan pula, perbuatan plagiarism ini adalah tidak adil kepada mana-mana individu yang melakukan kerja atau hasil daripada dirinya sendiri.
“Ah, aku buat kerja betul. Setiap artikel yang aku ambil ni untuk aku sampaikan pada orang lain juga!”
“Alah, tiada siapa pun yang tahu”
Itulah monolog atau boleh jadi kata-kata yang sering kita lontarkan apabila membincangkan isu plagiarism.
Izinkan saya mengulas serta membincangkan serba sedikit berkaitan plagiarism. Plagiarism merupakan salah satu contoh perbuatan jenayah yang berlaku dalam dunia akademik terutamanya kerja-kerja penulisan seperti journal, theses, artikel dan sebagainya. Dalam dunia penyelidikan, kerja-kerja penulisan tidak boleh dipisahkan dengan field work atau experiment. Setiap data yang kita peroleh hasil daripada pemerhatian, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan (five sense) perlulah diterjemahkan dalam bentuk diagram atau perkataan untuk disampaikan kepada orang lain. Malangnya, kerja-kerja menginterpretasikan data serta kerja-kerja penulisan ini disalahgunakan dengan cara meniru atau ‘menciplak’ idea dan penulisan orang lain. Tambahan lagi, perbuatan ini adalah sangat membimbangkan dan merbahaya (jeopardize) kepada terutamanya Integriti Sistem Penilaian dalam pendidikan.

Pensyarah saya merangkap supervisor Projek Tahun Akhir pernah berkata kepada saya “ I don’t bother what other people say in writing, but I really bother and care what you think and how you create something with your own opinion and your own word”. Apa yang cuba ingin saya sampaikan di sini adalah, kepentingan mengeluarkan perkataan dan pandangan kita sendiri berdasarkan pengetahuan yang kita ada dan apa yang kita faham tanpa mengubah maksud asalnya (paraphrasing). Dalam penyelidikan, soal betul atau salah adalah tidak penting. Paling penting adalah apa pandangan kita sendiri hasil daripada pemerhatian dan pengetahuan kita; dan dikukuhkan lagi dengan kajian-kajian lepas. Tidak akan timbul soal kajian orang itu salah dan kajian orang ini betul dan begitulah sebaliknya. Hal ini kerana sesuatu keputusan yang diperoleh hasil daripada kajian yang dijalankan adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penyelidik itu sendiri.
Berbalik kepada mauduk perbincangan, plagiarism ini hakikatnya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri kita dan orang lain. Sama ada plagiarism ini dapat dikesan atau pun tidak dalam dunia pendidikan, plagiarizer (orang yang melakukan plagiarism) tidak akan pernah belajar tentang kemahiran-kemahiran tertentu termasuklah kemahiran mengembangkan sumber (evaluating sources), kemahiran mengambil nota (taking careful notes), kemahiran memilih petikan (selecting appropriate quotations), kemahiran parafrasa; yakni kemahiran pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan (karangan dsb) dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah maksud asalnya (paraphrasing) serta kemahiran memberi kredit kepada idea dan perkataan orang lain (giving credit to others for their ideas and works). Tambahan lagi, tugas seorang pendidik (guru, pensyarah, fasilitator dan dsb.) adalah untuk membantu pelajar dalam meluaskan pengetahuan mereka, mengajar pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka memenuhi serta membina potensi diri. Malangnya, gejala plagiarism ini akan membantutkan lagi misi serta melanggar falsafah sistem pendidikan.
Nah lihatlah firman ALLAH,
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat ALLAH, dan mereka itulah orang-orang pendusta”
(Al-Nahl:105)
Justeru, apa salahnya jika kita menulis nama penulis asal serta menyatakan rujukan sumber asal yang kita peroleh itu? Sekurang-kurangnya kita menghargai karya atau kerja orang lain disebabkan mereka bersusah payah menyediakan serta menyampaikan ilmu yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Moga ALLAH mengampuni dosa kita serta redha pada kita.

~mutiara-mutiara bertaburan~
Rujukan
1) Consequences of plagiarism,
http://mail.baylorschool.org/~jstover/plagiarism/avoidance.htm
3) Muhammad Ali Al Mawardi. Jalan-Jalan Mendidik Hati. Al-Hidayah Publishers. 2002. pp 109.
4) Active Study Dictionary English New Edition. Longman Group UK Limited. 1991.
3) Muhammad Ali Al Mawardi. Jalan-Jalan Mendidik Hati. Al-Hidayah Publishers. 2002. pp 109.
4) Active Study Dictionary English New Edition. Longman Group UK Limited. 1991.
5) Pen to paper picture,
Subhanallah, cantiknya blog ni! terus berkarya sahabatku sayang. ERTI HIDUP PADA MEMBERI. ingat tak nad kenangan kita di rumah anak yatim darul Izzah. sebenarnya malu buat gaya-gaya kt depan adik-adik,tapi betulkan niat utk membahagiaceriakan adik-adik tu,hilang malu. Tambah lagi ada nad dan nur sekali. Time kasih sahabat.Satu pesanan buat sahabat tersayang, jgn bawa keta laju2 tau, bahaya! kat selekoh, brek jgn tak brek,biar lambat asal selamat. Sayang nad kerana Allah.
ReplyDeleteKepada SERAMBI MEKAH,
ReplyDeleteYa ALLAH Izah, hanya ALLAH sahaja yang tahu rindu sangat saya pada awak. Ya I still remembered that moment!Memang segan sangat tapi redah je & 1 lagi adik-adik tu smua lebih kurang sebaya adik saya.InsyaALLAH saya akan ingat pesanan awak Izah, terima kasih sahabat kerana selalu mengingatkan diri..Satu lagi, kalau tahun depan awak tak ada di UPM, siapa lagi yang akan meng izah kan PMIUPM? Hi3.. =) InsyaALLAH moga masa temukan kita semula.. Kirim salam pada sahabat-sahabat lain.
Uhibbukifillah hubban jamman ya ukhti!
~mutiara-mutiara bertaburan~
salam...
ReplyDeleteSebut pasal plagiarisme ni, ana teringt 5 website yang buleh digunakan untuk enti check sama ada artikel enti ni da kena ciplak or blum...
Copyspace.com
Doccop.com
Plagiarismedetect.com
Reprintwriters.com
Copyrightspot.com
:)
Kepada demahdali,
ReplyDeleteSalam kembali.Jazakallah atas perkongsian maklumat berkenaan plagiarism.Ana sangat menghargainya. Moga ianya bermanfaat buat kita semua.
~mutiara-mutiara bertaburan~