Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurniaan iman
dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela..
~Izatul Islam~
4 tahun…
Jangka masa yang boleh dikatakan lama juga sebenarnya. Tetapi terasa sebentar sahaja setelah melaluinya..
ALLAH mengajar saya banyak perkara di
Tempat itu adalah Universiti Putra
Hari ini, saya teringat akan sahabat-sahabat saya. Hari ini hati saya sangat tersentuh apabila mendengar bait-bait lirik Rabitah yang dinyanyikan oleh kumpulan Izatul Islam. Ya memang benar, saya bertemu dengan mereka atas dasar aqidah yang sama, saya bertemu dengan mereka dalam ketaatan, kami dihimpunkan dalam naungan cintaNya, kami disatukan dalam perjuangan untuk menegakkan syariat dalam kehidupan..
Dalam keadaan sayu itu beberapa ayat langit menjengah diri…
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) ALLAH, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu ALLAH mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara….”
(Al-Imran:103)
“Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaanKu? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naunganKu pada hari yang tiada naungan selain naunganKu”
(Riwayat Muslim)
Allahu akbar! Begitu sekali seruan ALLAH swt dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang bersahabat demi mencari keredhaan ALLAH..
Saya ada beberapa moment bersama sahabat-sahabat yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya teringat pengalaman bersama-sama sahabat saya semasa Pilihan Raya Kampus pada tahun 2007. Pada masa itu, saya ditaklifkan untuk menjadi calon fakulti bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Saya pernah dituduh menipu dalam Pilihan Raya Kampus. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan dan keadaan saya sewaktu itu. Tidak cukup daripada itu, saya juga pernah digugurkan serta dilucutkan daripada board Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej saya malah ada rakan dan sahabat MTM yang juga digantung jawatannya atas alasan bersubahat dan bekerjasama dengan saya dalam pemilihan MPP kerana mewakili Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). Saya pernah difitnah menyeleweng serta berlaku tamak dalam wang pembiayaan pengajian saya di universiti. Dalam saat-saat sukar itulah ALLAH telah menganugerahkan kepada saya sahabat-sahabat yang memberi semangat kepada saya, sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak saya bersabar, sahabat-sahabat yang bersusah-payah dan turut berduka bersama saya dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mengingatkan saya dengan kisah-kisah perjuangan nabi semasa menyampaikan risalah Islam.
Kami sama-sama berusaha mewujudkan suasana bi’ah solehah di tempat pengajian kami. Kami mahukan manhaj rabbani (berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah) dilaksanakan di tempat pengajian kami dan yang paling penting kami mahukan murabbi (pendidik) yang mithali di kampus kami. Jujur saya nyatakan, saya tidak akan menjadi seperti hari ini, andai ALLAH tidak memberikan saya peluang merasai tarbiyah bersama dengan sahabat-sahabat saya.
Walaupun pada hari ini saya tiada di tempat itu, namun ALLAH masih kasih dan belas pada saya dan sahabat-sahabat saya. ALLAH masih meniupkan semangat perjuangan dalam roh saya dan sahabat-sahabat saya dalam menegakkan serta mendaulatkan syariatNya walau di mana sahaja kami berada. Moga ALLAH melapangkan dada saya dan sahabat-sahabat saya dengan kurniaan iman dan tawakal padaNya. Moga ALLAH menghidupkan hati saya dan sahabat-sahabat saya dengan makrifatNya. Moga ALLAH mematikan saya dan sahabat-sahabat saya dalam syahid di jalanNya. Sesungguhnya hanya ALLAH lah yang menjadi pelindung dan pembela kami..Allahu akbar!
Ampuni dosa-dosa kami Ya ALLAH…
Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu-bapa kami, kelurga kami, sahabat-sahabat kami, seluruh pendidik kami serta saudara-saudara kami
Wahai dzat yang membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah hati Kami di atas jalan DienMu ya ALLAH..Amin ya Rabbal alamin..
~yang masih merasakan diri ini adalah saudara kamu~
~mutiara-mutiara bertaburan~