Tuesday, June 16, 2009

Bangkitlah Wahai Diri


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dalam kehidupan ini adakalanya kita akan berasa gembira dan adakalanya kita akan berasa durja. Kadangkala juga kita terasa sangat bersemangat (eager) dan bermotivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan adakalanya kita terasa tidak bersemangat, hilang mood dan sebagainya apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunnatullah) tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenangiya.


Post kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat sahibah beberapa ayat Al-Quran yang menjadi pembakar semangat saya dan beberapa frasa yang saya amat suka,


Nah lihatlah ini,


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan membukakan untuknya jalan keluar, dan Dia akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada ALLAH maka ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH itu melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketetapan untuk sesuatu”

(At-Talaq:2-3)


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”

(Al-Insyirah:5-8)


“Sekiranya hambaKu bertanyakan kau (Muhammad) berkenaan Aku, maka sesungguhnya Aku adalah amat dekat”

(Al-Baqarah:186)


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu”

(Muhammad:7)


“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri”

(Al-Hadid:22-23)


“……Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain ALLAH”

(Ar-Ra’d:11)


Beberapa frasa yang saya suka,


“ Takdir Tuhan itu berada di hujung usaha manusia”

~Ayat-Ayat Cinta, Habibburrahman El-Shirazy~


“ Success is the ability to go from one failure with no loss of enthusiasm”

~kata-kata ayah saya~


“ Melakar langit sejarah, membina awan impi, bila aku menjejak, maka ia akan menjadi pasti”

~Langitilahi, Hilal Asyraf~


Untuk memastikan awan impi menjadi pasti, terlebih dahulu kita mestilah bersikap optimistik (selalu menaruh harapan yang positif terhadap sesuatu) bukannya bersikap pesimistik. Orang yang pesimis sering beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini, sering berasa kecewa serta hilang kepercayaan kepada sesuatu.


Maka,


Bangkitlah wahai diri , membina awan impi, agar diri mampu menggapai bintang di langit yang tinggi!


~mutiara-mutiara bertaburan~



Rujukan

1) Terjemahan Al-Quran Syaamil

No comments:

Post a Comment