Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurniaan iman
dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela..
~Izatul Islam~
4 tahun…
Jangka masa yang boleh dikatakan lama juga sebenarnya. Tetapi terasa sebentar sahaja setelah melaluinya..
ALLAH mengajar saya banyak perkara di
Tempat itu adalah Universiti Putra
Hari ini, saya teringat akan sahabat-sahabat saya. Hari ini hati saya sangat tersentuh apabila mendengar bait-bait lirik Rabitah yang dinyanyikan oleh kumpulan Izatul Islam. Ya memang benar, saya bertemu dengan mereka atas dasar aqidah yang sama, saya bertemu dengan mereka dalam ketaatan, kami dihimpunkan dalam naungan cintaNya, kami disatukan dalam perjuangan untuk menegakkan syariat dalam kehidupan..
Dalam keadaan sayu itu beberapa ayat langit menjengah diri…
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) ALLAH, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu ALLAH mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara….”
(Al-Imran:103)
“Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaanKu? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naunganKu pada hari yang tiada naungan selain naunganKu”
(Riwayat Muslim)
Allahu akbar! Begitu sekali seruan ALLAH swt dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang bersahabat demi mencari keredhaan ALLAH..
Saya ada beberapa moment bersama sahabat-sahabat yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya teringat pengalaman bersama-sama sahabat saya semasa Pilihan Raya Kampus pada tahun 2007. Pada masa itu, saya ditaklifkan untuk menjadi calon fakulti bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Saya pernah dituduh menipu dalam Pilihan Raya Kampus. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan dan keadaan saya sewaktu itu. Tidak cukup daripada itu, saya juga pernah digugurkan serta dilucutkan daripada board Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej saya malah ada rakan dan sahabat MTM yang juga digantung jawatannya atas alasan bersubahat dan bekerjasama dengan saya dalam pemilihan MPP kerana mewakili Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). Saya pernah difitnah menyeleweng serta berlaku tamak dalam wang pembiayaan pengajian saya di universiti. Dalam saat-saat sukar itulah ALLAH telah menganugerahkan kepada saya sahabat-sahabat yang memberi semangat kepada saya, sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak saya bersabar, sahabat-sahabat yang bersusah-payah dan turut berduka bersama saya dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mengingatkan saya dengan kisah-kisah perjuangan nabi semasa menyampaikan risalah Islam.
Kami sama-sama berusaha mewujudkan suasana bi’ah solehah di tempat pengajian kami. Kami mahukan manhaj rabbani (berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah) dilaksanakan di tempat pengajian kami dan yang paling penting kami mahukan murabbi (pendidik) yang mithali di kampus kami. Jujur saya nyatakan, saya tidak akan menjadi seperti hari ini, andai ALLAH tidak memberikan saya peluang merasai tarbiyah bersama dengan sahabat-sahabat saya.
Walaupun pada hari ini saya tiada di tempat itu, namun ALLAH masih kasih dan belas pada saya dan sahabat-sahabat saya. ALLAH masih meniupkan semangat perjuangan dalam roh saya dan sahabat-sahabat saya dalam menegakkan serta mendaulatkan syariatNya walau di mana sahaja kami berada. Moga ALLAH melapangkan dada saya dan sahabat-sahabat saya dengan kurniaan iman dan tawakal padaNya. Moga ALLAH menghidupkan hati saya dan sahabat-sahabat saya dengan makrifatNya. Moga ALLAH mematikan saya dan sahabat-sahabat saya dalam syahid di jalanNya. Sesungguhnya hanya ALLAH lah yang menjadi pelindung dan pembela kami..Allahu akbar!
Ampuni dosa-dosa kami Ya ALLAH…
Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu-bapa kami, kelurga kami, sahabat-sahabat kami, seluruh pendidik kami serta saudara-saudara kami
Wahai dzat yang membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah hati Kami di atas jalan DienMu ya ALLAH..Amin ya Rabbal alamin..
~yang masih merasakan diri ini adalah saudara kamu~
~mutiara-mutiara bertaburan~
assalamualaikum ukhti yg dirindui,
ReplyDeletebila flashback masa kita sama-sama kena soalsiasat dulu. hati ni rasa remuk sgt2. rasa seperti mgkhianati seorang shbt. tp alhamdulillah hikmah disebalik itu yg Allah nak ana belajar sgt besar impaknya. terasa hangatnya sehingga kini. syg & rindu ant sgt2.
jzk khoir krn ant tlh melembutkan hati ana yg keras ini masa muda2 dulu utk berubah & akhirnya dilanggar tarbiyah.
jgn gentar utk teruskan perjuangan shbtku. mg dakwah di Uni Penuh Murobbi/naqib ini terus mekar. inshaAllah. sama2 merasai pahit pengorbanan demi impian utk merasa manisnye syurga kelak. walaupn kita dibwh mnagement bbza, sy adalah kamu & kamu adalah saya ;)
Waalaikumussalam wbt,
ReplyDeleteUkhtiku yang kukasihi kerana ALLAH, Ya ALLAH Fariza ana tak sangka nti jumpa blog ana.Ya Farez, banyak sangat hikmah yang kita semua belajar daripada 'peristiwa' itu.Farez, Ayiem, Kak CT, Lawa & Sham semuanya melalui pengalaman yang samakan?
Alhamdulillah ya Farez,nti banyak sangat berubah berbanding ana kenal nti dulu sewaktu awal semester di UPM.
Ukhtiku sayang Farez,walaupun kita semua terdiri daripada latar belakang 'pengurusan organisasi' yang berbeza namun matlamat kita tetap sama.
Jazakillah atas kata-kata semangat nti.Farez, nti juga teruskanlah perjuangan.Jangan pandang belakang lagi.Perjalanan nti dalam dakwah sudah jauh.Teringat kata-kata nti dulu, sewaktu kita sama-sama baca mathurat, bayangkan muka sahabat-sahabat kita sewaktu membaca doa MATHURAT.Ana rindu sangat pada nti, semangat nti dan kata-kata nti.InsyaALLAH moga masa temukan kita lagi.Kirim salam pada Kak CT ya..Farez, chaiyok!!Ana tahu nti mampu menjadi seorang dai'e & naqibah yang baik.
Ana tinggalkan nti dengan kata-kata..
saya adalah kamu, kamu adalah saya, kita adalh dua jiwa dalam satu jasad...
InsyaALLAH TERBAIK!!
Tiada mustahil redah je!!
Ukhwafillah abadan abada...
-Fariza & Tasnim & CT Suliza, Nurullawa, Shamsiah & Nadirah-
~yang sentiasa mengharapkan doa sahabat-sahabatnya~
~mutiara-mutiara bertaburan~